Don’t take citizens’ loyalty for granted, Raja Nazrin to leaders

The Sun

The following is the full text of Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah’s speech at the launch of a book on former Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman titled “Not because of position: Tun Dr Ismail and his time” in Universiti Malaya today (Aug 3, 2007):

Note: The text is mixed in Bahasa Malaysia and English

TITAH
DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN
RAJA NAZRIN SHAH
Di MAJLIS PELANCARAN BUKU ‘BUKAN KERANA PANGKAT: TUN
DR. ISMAIL DAN MASANYA’
TARIKH: 3 OGOS 2007 (JUMAAT); JAM: 10.05 PAGI,
TEMPAT: DEWAN KULIAH UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum Warahmatuilahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah, dengan penentuan dari ALLAH Subhanahu Wataala, Majlis Pelancaran Buku, ‘Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya, dapat dilangsungkan pada pagi Jumaat penuh berkat ini. Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan izin dari Nya juga, Beta bersama Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dapat berangkat ke Majlis ini.

2. Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ogos 1973, ketika baru mencecah usia 57 tahun, satu jangka hayat yang pendek, namun telah cukup untuk membolehkan namanya terpahat dalam sejarah negara. Dr. Ismail tidak memerlukan tempoh yang lama untuk memahat sejarah; Dr. Ismail - tidak memerlukan hikayat yang panjang untuk dikenali. Begitu berharga jasa - begitu bernilai khidmat Dr. Ismail kepada negara bangsanya. Karakter Dr. Ismail tepat di luar tepat di dalam, mudah dibaca - senang difahami. Lidahnya bertutur dalam bahasa yang sama meski berhadapan kumpulan yang berbeza. Apa yang dikata, tetap dikota.
[more…]

» No Comments